Sekali Lagi EUR/USD Turun Hampiri Paras Pariti $1.000

208

US dolar kekal mendominasi pasaran sehingga ke penutup dagangan minggu lalu dengan mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang minggu.

Pelabur berkemungkinan melihat Federal Reserve (Fed) masih akan meneruskan kenaikan kadar yang agresif dalam usaha untuk memastikan kadar inflasi kekal menurun.

Tumpuan bakal terarah pada acara tahunan Simposium Jackson Hole di penghujung minggu ini dengan ucapan oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell pastinya akan dinantikan untuk petunjuk berkenaan dasar monetari bank pusat selanjutnya.

Sementara itu, data sektor pembuatan dan perkhidmatan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) akan dipantau pada Selasa untuk menilai prestasi semasa ekonomi negara tersebut.

Mata wang Euro dijangka akan kekal dengan pergerakan suram pada minggu ini dengan bacaan data juga diramalkan kurang memberangsangkan.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD dijangka akan mengundang jangkaan untuk harga kekal menyambung penurunan lebih rendah lagi untuk minggu ini.

Pada minggu lalu, harga telah membuat penurunan sehingga ke paras terendah terbaru 5 minggu mencecah sekitar 1.0030 pada penutup sesi terakhir minggu tersebut.

Harga yang dilihat kekal bergera di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang memberi isyarat pergerakan bearish, turut melepasi paras sokongan pada 1.01000.

Penurunan lebih rendah harga akan dijangkakan untuk menuju ke paras pariti 1.0000 ( 1=$1) selepas zon tersebut berjaya melantunkan semula harga pada penurunan Julai lalu.

Penurunan yang diteruskan pada minggu ini juga akan mencatatkan paras terendah terbaru lagi untuk tempoh dagangan 6 minggu.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula, beberapa paras rintangan tumpuan dilihat bakal diuji seperti di paras 1.01000 dan 1.01600.

Melepasi paras-paras tersebut akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish semula buat harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat