Sekali Lagi GBP/USD Gagal Tembusi Rintangan 1.4000

522

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih lagi berada di bawah paras $1.4000 selepas paras rintangan tersebut kekal kebal untuk ditembusi.

Selepas US dolar menyusut pada mesyuarat FOMC, harga telah melonjak dari paras 1.38500 menuju ke paras 1.40000. Paras tersebut sekali lagi diuji sebelum harga susut lebih rendah semula.

Dagangan yang bersambung sehingga Jumaat melihatkan harga telah bergerak turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat trend bearish.

Selain tekanan oleh pengukuhan US dolar, mesyuarat bank pusat England juga turut mempengaruhi arah pergerakan Pound.

Bank of England (BOE) masih mengekalkan polisi longgar selepas kadar feadah tidak berubah di paras 0.10% dan program pembelian aset diteruskan pada £895 bilion. Situasi ini akan memberi kesan penurunan nilai pada dagangan Pound.

Harga pada carta GBP/USD dijangka akan menyambung penurunan lebih rendah ke zon support 1.38300.

Sentimen yang kekal tidak berubah akan mendorong penurunan lebih rendah menuju ke support lebih rendah sekitar 1.37000.

Namun jika harga berjaya melonjak semula, paras rintangan 1.4000 masih lagi menjadi paras tumpuan untuk diuji harga.

Harga yang berjaya menembusi paras penting tersebut dijangka akan melonjakkan harga lebih tinggi ke paras tumpuan sebelum ini pada 1.41000 dan 1.142000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat