Sekali Lagi GBP/USD ‘Test’ Zon Rintangan $1.2600

143

Pasaran menyaksikan penyusutan semula US dolar sehingga ke penghujung sesi New York semalam selepas pada mulanya memaparkan pengukuhan di awal sesi.

Ini adalah didorong oleh reaksi negatif pelabur terhadap laporan minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan walaupun Federal Reserve (Fed) dilihat akan meneruskan kenaikan kadar faedah untuk beberapa mesyuarat lagi.

Situasi ini juga telah menyebabkan berlaku lonjakan semula harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dan melenyapkan jangkaan awal untuk perubahan trend bearish sebelum ini.

Pada dagangan Rabu semalam, harga pada mulanya dilihat membuat penurunan awal sekali lagi menguji paras 1.25000 pada zon RBS (resistance become support) pada carta GBP/USD tersebut.

Kembali memberi isyarat untuk pergerakan bullish semula, harga telah membuat lonjakan dari zon 1.25000 melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Kenaikan harga berterusan ke penghujung sesi New York dan bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis), menguji semula paras ketinggian pada 1.26000.

Zon rintangan tersebut turut diuji pada dagangan Isnin dan Selasa lalu, namun harga gagal menembusinya.

Sekiranya kenaikan kali ini berjaya melepasi ke paras lebih tinggi, paras ketinggian terbaru 4 minggu akan dicatatkan dengan sasaran kenaikan harga seterusnya pada zon 1.27000 pula.

Namun jika zon 1.26000 kekal menjadi halangan kebal buat harga pada minggu ini, penurunan harga bakal berlaku semula dan harga akan kembali menuju ke zon RBS 1.25000.

Penurunan di bawah zon tersebut seterusnya akan melihatkan harga menyusur ke zon sekitar 1.24000 sebelum melanjutkan penurunannya ke zon 1.23000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat