Sekat Sektor Kripto? Pelabur Kripto China Tidak Gentar

1,536

Pada 11 Mei yang lalu, seluruh institusi kewangan dan syarikat pembayaran di China telah disekat daripada menyediakan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan matawang kripto.

Beijing telah memberi amaran kepada para pelabur untuk tidak membuat pelaburan kripto berdasarkan spekulatif. Walaupun amaran keras telah dikeluarkan, pedagang kripto China tidak goyah kerana retorik ini bukanlah perkara baru, ianya telah berulang kali didendangkan sejak tahun 2017.

Data dari platform kripto China Feixiaohao menunjukkan bahawa kadar pertukaran antara yuan China dan Tether(USDT) hanya catat penurunan sebanyak 4.4% setelah pengumuman kerajaan yang melarang keras sebarang perkara yang terkait dengan kripto.

Sifat urus niaga kripto di platform OTC dan rangkaian P2P membuatkan pemerintah bertambah sukar untuk melaksanakan larangan sepenuhnya. Sebelum China melarang pertukaran kripto pada tahun 2017, pelabur tempatan memiliki kira-kira 7% Bitcoin di dunia dan menyumbang sekitar 80% perdagangan berdasarkan data yanng dikeluarkan oleh media tempatan China .Dengan larangan pertukaran kripto baru-baru ini ia menjadi semakin sukar untuk membuat unjuran.

Pelabur China masih dipercayai memainkan peranan utama di dunia kripto melalui platform OTC domestik dan antarabangsa. Walaupun begitu, pengawal selia telah mengingatkan bank dan firma pembayaran China untuk mengenal pasti dan menyekat segala transaksi mencurigakan yang melibatkan krito.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat