Sekatan Terhadap Rusia Sebabkan Saham Terumbang-Ambing

388

Impak sekatan agresif terhadap Rusia yang bertindak menyerang Ukraine terus memberi tekanan kepada saham di Eropah dan Wall Street.

Selain itu, ia turut mendorong minyak melonjak ke paras US$100 setong sementara bon German memasuki rali menaik.

Saham Yang Terluka

Indeks saham utama di German, Perancis, Itali dan Sepanyol ditutup rendah lebih 3% sementara indeks STOXX 600 pan-Eropah turun 2.4%.

Pasaran ekuiti Rusia kekal digantung dan beberapa bonnya tidak menunjukkan sebarang pergerakan.

Indeks MSCI seluruh dunia susut 1.35%.

Sementara itu, indeks-indeks utama Dow Jones Industrial, S&P 500 dan Nasdaq ditutup rendah sekitar 1.5% sementara indeks perbankan Amerika Syarikat (AS) serta Eropah susut buat 2 hari berturut-turut pada 5.6%.

Bon hasil perbendaharaan 10 tahun German kembali ke wilayah negatif buat pertama kali sejak Januari dan perbendaharaan AS jatuh ke paras terendah 5 minggu, yang bergerak songsang kepada hasil bon, meningkatkan pembelian safe-haven.

Nota perbendaharaan hasil 10 tahun susut 11.8 mata pada 1.7207% sementara bon Jerman jatuh 2.2 mata asas pada -0091%.

Pelabur kini sedang bertanda tanya mengenai kesan sekatan terhadap Rusia ke atas krisis pertumbuhan global dan inflasi.

Tom Simons, ahli ekonomi pasaran wang di Jefferies New York, menyatakan andai Rusia terus mengawal kapasiti pengeluaran makanan dan tenaga di Ukraine, ia akan menyebabkan harga barang tersebut menjadi lebih mahal dan kesannya akan dirasai buat jangka panjang.

Dolar mencanak 8.9% berbanding Ruble Rusia dan niaga hadapan emas AS mengkukuh 2.3% pada $1,943.80 per auns.

Euro menjunam rendah berbanding dolar sejak Jun 2020, dengan indeks dolar yang mengukur sejumlah mata wang lain lonjak 0.65%.

Komoditi Minyak Meledak

Harga minyak ‘meledak’ lebih 10% apabila perbincangan mengenai pengeluaran global yang diselaraskan bagi inventori minak mentah gagal meredakan kebimbangan mengenai gangguan bekalan.

Niaga hadapan minyak mentah AS lonjak $7.60 pada $103.41 setong sementara minyak Brent canak $104.97 dan gas asli Eropah capai 29%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat