Sekatan Terhadap Tik Tok Dibatalkan? Biden Tandatangani Perintah Eksekutif Baru!

191

Presiden Joe Biden dilaporkan menandatangani perintah eksekutif pada hari Rabu yang menetapkan kriteria untuk pentadbiran Amerika Syarikat (A.S) dalam membuat penilaian risiko terhadap aplikasi yang milik syarikat luar. Ini akan memberi impak pada aplikasi milik China seperti TikTok dan WeChat.

Biden mencabut dan menggantikan tiga perintah eksekutif oleh mantan Presiden Donald Trump yang berusaha untuk melarang sebarang transaksi AS dengan syarikat pengendali aplikasi tersebut, ByteDance.

Perintah eksekutif baru Biden akan mengarahkan Jabatan Perdagangan untuk mengkaji aplikasi yang berkaitan entiti milikan asing dan mengklasifikasikan bahawa risiko dapat diterima atau tidak. Itu termasuk kriteria untuk menilai transaksi dengan aplikasi perisian yang diikat dengan entiti/syarikat milikan asing yang biasanya berada di bawah Jawatankuasa Pelaburan Asing di A.S. (CFIUS).

Perintah itu akan mempertimbangkan transaksi melibatkan risiko yang tinggi. Perintah itu akan mempertimbangkan transaksi melibatkan penggunaan aplikasi tersebut atau tidak.

Perintah itu juga mengarahkan Jabatan Perdagangan untuk bekerjasama dengan agensi lain untuk memberikan cadangan bagaimana kerajaan dapat melindungi data pengguna A.S. dari musuh asing. Ia memerlukan Jabatan Perdagangan untuk mengesyorkan tindakan dan perundangan eksekutif lebih lanjut untuk mengatasi risiko.

Di bawah pentadbiran Trump, TikTok berada dalam keadaan tidak menentu dengan Trump berusaha untuk melarang aplikasi tersebut melainkan ia dijual kepada syarikat Amerika. Tegas Trump, beliau hanya akan membenarkan aplikasi itu terus digunakan di AS jika operasi ByteDance dijual kepada syarikat tempatan seperti Oracle dan Walmart. Kerjasama antara Walmart dan Oracle akan mewujudkan syarikat baharu dikenali sebagai TikTok Global.

Walaubagaimanapun, pada bulan Februari, The Wall Street Journal melaporkan bahawa perjanjian Oracle telah “ditangguhkan”. Setakat ini belum ada maklum balas dari pihak TikTok dan WeChat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat