Sekejap Sahaja, Keuntungan Emas Kembali Terpadam!

7,589

Emas gagal mengekalkan keuntungan selepas jangkaan terhadap kenaikan lebih agresif oleh Federal Reserve (Fed) mendorong pelabur melepaskan pegangan logam kuning itu.

Pada sesi Asia, emas didagangkan rendah di sekitar harga $1,825 per auns, membawanya kembali ke paras terendah satu bulan setelah mencapai tahap tertinggi $1,879 per auns pada Isnin.

Terdahulu, kejutan tidak dijangka dalam data inflasi Amerika Syarikat telah mendorong harga emas melonjak dengan drastik berikutan pelabur yang mencari perlindungan kepada inflasi.

Bagaimanapun, dengan angka 8.6% yang dicatatkan pada bulan Mei dalam inflasi AS, pelabur mula melihat bahawa Federal Reserve (Fed) akan bertindak lebih keras dalam meningkatkan kadar faedahnya.

Hal ini menyebabkan dagangan emas kembali mereda, ditambah pula dengan tekanan daripada US dolar dan hasil perbendaharaan AS yang lebih kuat.

Penanda aras hasil bon AS 10 tahun melonjak ke paras tertinggi sejak April 2011 sehingga mencecah tahap 3.35% pada sesi Asia.

Sementara dolar greenback pula lebih kukuh di paras ketinggian 20 tahun berbanding kebanyakan mata wang utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat