Seperti yang sedia maklum bahawa China merupakan negara yang kehadapan dalam mencuba untuk mengimplikasikan matawang kripto yang diterbitkan oleh bank pusat negara. Yuan digital adalah matawang fiat China yang didigitalkan, juga dikenali sebagai matawang digital bank pusat (CBDC). Ia akan menjadi alternatif kepada matawang fiat untuk para rakyat.
Selain China, negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Pada bulan lepas bank pusat Perancis dan Switzerland telah bekerjasama untuk membuat percubaan. Kedua-dua bank pusat telah bekerjasama dengan beberapa bank perdagangan untuk menguji matawang kripto bank pusat (CBDC). Disisi lain, A.S pula mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan lima program perintis pada tahun ini untuk menguji potensi penggunaan CBDC bank pusat A.S.
Terkini, Jepun yang merupakan salah satu negara besar dunia tampil memberi pencerahan mengenai produk digital CBDC Yen. Laporan terkini menyatakan bahawa mereka akan memberi lebih banyak rincian menjelang akhir tahun hadapan. Menurut penggubal undang-undang kerajaan yang terlibat dalam rancangan ini mengatakan bahawa CBDC berpotensi menjadi permulaan konflik antara pinjaman tradisional dan pengendali platform atas talian.
Bank of Japan (BOJ) sedang menuju ke fasa kedua eksperimen CBDC pada akhir tahun 2022. Fasa pertama yang sedang dijalani ini menumpukan untuk mendapatkan sokongan dan membolehkan pertumbuhan inovasi swasta yang pesat dengan menjalin kerjasama. Fasa yang akan datang adalah pada perkembangan fungsi dan badan yang akan menjadi perantara digital Yen.
Hideki Murai, ketua panel mata wang digital Parti Liberal Demokrat menyatakan bahawa, “menjelang akhir tahun hadapan, kita akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana CBDC Jepun beroperasi,”.
Walaubagaimanapun BOJ menentang sebarang konfilik antara Yen digital dengan sistem kewangan traditional. Tumpuan BOJ kini adalah bagi memastikan Yen digital serasi dengan CBDC negara lain dan bukan hanya Jepun.