Sekilas pandang: Analisa Mingguan EURUSD 15-19 Sept

54

Selepas mengharungi minggu-minggu yang suram selepas diniagakan ke paras terendah sejak Julai 2013, EURUSD berjaya mendapat sedikit kekuatan minggu lalu. Kebanyakan pemulihan di sebabkan oleh keadaan teknikal “oversold” dan tindakan pelabur yang mengambil sedikit keuntungan daripada kurangnya data-data besar dari AS.

EURO telah dijual dengan begitu hebat sejak 4 September apabila Bank Pusat Eropah (ECB) memutuskan untuk memotong kadar faedah. Minggu ini EURO dijangka akan terkesan dengan pengumuman dasar daripada Rizab Persekutuan AS (FED) yang dilaporkan berlangsung pada Rabu, 17 September. Para pelabur percaya FED akan mengekalkan kadar faedah mereka, tetapi tidak menolak mereka akan menukar kenyataan tersebut dengan Bahasa yang lebih agresif.

FED sudah bersedia untuk menamatkan program pelonggaran kuantitatif (QE) pada bulan Oktober, tetapi ini adalah hanya langkah pertama dalam proses membawa kadar faedah kembali ke paras yang lebih normal. Fed akan membuat kenaikan kadar pertama sejak Disember 2006 pada pertengahan tahun 2015, tetapi penilaian ini boleh berubah jika  penyata bank pusat menjelmakan bahasa yang menunjukkan kenaikan kadar mungkin lebih awal seperti pada suku pertama 2015.

Kesimpulannya, Para pelabur dijangka akan mengambil langkah berhati-hati sehingga sebelum mesyuarat FED berlangsung pada 17 September ini. Kekuatan Euro dijangka sukar dipulihkan dalam masa terdekat tetapi tidak mustahil berlaku jika mesyuarat FED pada Rabu ini tidak memihak kepada Dollar AS. ‘Mood’ Sell EURUSD masih dalam jangkaan. –Moshedfx.com-

us-dollar-euro-exchange-rate

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat