Sekilas pandang: Analisa Mingguan GBPUSD 15-19 Sept

69

GBPUSD menghasilkan ‘GAP’ sehingga 150 pips awal Isnin minggu lalu sehingga menimbulkan panik kepada kebanyakan pelabur. Ini disebabkan oleh kesan daripada referendum kemerdekaan Scotland yang dijadualkan berlangsung 18 September ini. Tinjauan dalam talian yang dilakukan oleh Yougov.co.uk menunjukkan 51% memilih untuk merdeka dari Kesatuan Britain. Walaupun 3 parti politik utama di UK menggesa para pengundi untuk mengekalkan Kesatuan Scotland dengan Britain.

Walaubagaimanapun, pada 9 September, GBPUSD mendapat sedikit suntikan daripada Bank of England apabila Mark Carney melalui ucapannya memberitahu kepada para perwakilannya untuk bersedia untuk kos pinjaman yang lebih tinggi.

Kesimpulannya, GBPUSD bakal menjadi ‘pair’yang paling berisiko untuk diniagakan minggu ini kerana terkesan dengan sekurang-kurangnya dua berita penting. Satu ialah, mesyuarat daripada Rizab Persekutuan AS (FED) pada Rabu dan pilihanraya Scotland pada Khamis 18 September. Jika keputusan dari kedua-dua data ini menunjukkan keputusan yang seimbang, GBPUSD dijangka diniagakan bercampur-campur tetapi sangat ‘’volatile’ sehingga mampu membawa kepada beratus-ratus pips dalam sehari. Manakala Jika kedua-dua data yang akan dikeluarkan nanti tidak memihak kepada GBP, percayalah bahawa GBP bakal tersembam jatuh ke paras lantai sekurang-kurangnya untuk jangka masa yang agak lama! –Moshedfx.com-

https://www.dreamstime.com/royalty-free-stock-photos-pound-sterling-sign-image5397768

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat