Sektor Ekonomi Eropah Catat Peningkatan Mengejutkan!

331

Peningkatan tidak dijangka dalam aktiviti ekonomi di Zon Eropah dilihat telah menyokong dagangan euro untuk bangkit dari lautan dalam.

Sektor perkhidmatan di Zon Eropah kembali menyaksikan peningkatan pada bulan November kepada 56.6 daripada 54.6 yang dicatatkan sebelumnya, bangkit dari paras terendah enam bulan.

Menurut IHS Markit, perkembangan aktiviti perniagaan yang lebih kukuh pada bulan ini telah mengetepikan jangkaan penganalisis untuk terus mengalami kelembapan.

Namun, bacaan ini dilihat tidak mampu menghalang Zon Eropah daripada mengalami pertumbuhan yang perlahan pada suku keempat, terutamanya apabila lonjakan semula kes Covid-19 di Jerman dilihat akan menyebabkan gangguan baru kepada ekonomi pada bulan Disember.

Sementara sektor pembuatan di Zon Eropah juga meningkat pada bulan ini, dengan sedikit kenaikan pada 58.6 berbanding jangkaan untuk pertumbuhan yang lebih perlahan, dan lebih baik dari bacaan 58.3 sebelumnya.

Walaupun menunjukkan peningkatan, tetapi pertumbuhan pengeluarannya masih tersekat di tahap terendah sejak penutupan pertama Covid-19 pada tahun 2020, yang dikekang oleh gangguan rantaian bekalan.

Peningkatan ini sedikit sebanyak memberi sokongan buat dagangan euro untuk sedikit meningkat berbanding US dolar. Namun, matawang itu masih di tahap terendah 16 bulan.

Dalam pada itu, sektor perkhidmatan di UK meningkat sedikit dari jangkaan pasaran dengan kenaikan 58.6 daripada 59.1 sebelumnya. Sementara aktviti pembuatan pula meningkat 58.2 daripada 57.8 yang dicatatkan pada Oktober.

Matawang pound bagaimanapun tidak memaparkan reaksi dengan kekal didagangkan di tahap terlemah tahun ini pada 1.3380 berbanding USD.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat