Sektor Hartanah China Mampu Meledak Semula Sekiranya Sekatan Harga Ditarik Balik

53

Harga rumah di bandar-bandar besar China akan kembali melonjak sekiranya langkah-langkah yang diambil bagi mengawal pasaran hartanah ini tidak diperkemaskan. Salah seorang pegawai kanan perancang ekonomi China mencadangkan agar pihak bertanggungjawab mengekalkan sekatan buat masa ini.

Memetik kenyataan akhbar People’s Daily, Ning Jizhe iaitu Pengerusi di Suruhanjaya Pembangunan Negara dan Pembaharuan (NDRC) mengatakan bahawa semua langkah yang telah diambil sebelum ini telah menunjukkan kesan yang jelas terhadap pemulihan harga hartanah di bandar-bandar besar China.

Namun begitu, bandar-bandar yang mempunyai populasi penduduk padat seperti Kumpulan 1 dan 2 (50,000 hingga 100,000 populasi) masih mengalami tekanan peningkatan harga.

Ledakan sektor perumahan telah menjadi pemacu utama terhadap prestasi yang lebih kukuh ekonomi China sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Namun begitu, penganalisis juga percaya bahawa sektor ini mampu mencetuskan risiko baru sekiranya kerajaan gagal menyekat ledakan harga.

Lebih 12 bandar telah melancarkan sekatan terhadap pembeli rumah pada bulan Mac dan April bagi membendung isu ini.

Menurut Reuters, purata harga rumah baru di 70 bandar-bandar utama China telah meningkat sebanyak 0.6 peratus pada bulan Mac, lebih tinggi daripada bacaan 0.3 peratus yang dilapor pada bulan sebelumnya.

Australia Melaporkan Data Yang Kurang Memberangsangkan, AUD/USD Merosot!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat