Sektor Pekerjaan AS Parah! Tapi Kenapa Pasaran Beri Reaksi Sebaliknya?

681

Pasaran awal minggu menyaksikan US dolar kekal didagangkan di sekitar paras terendah 2 setengah tahun setelah mengakhiri dagangan akhir minggu lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama.

Ekonomi Amerika Syarikat memperlihatkan pertumbuhan yang lebih perlahan dengan menambah 245,000 pekerjaan pada bulan November, mengalahkan jangkaan pasaran untuk meningkat 480,000 dan bacaan yang direkodkan sebelumnya pada 610,000.

Peningkatan US dolar sebagai safe-haven pada dagangan akhir minggu telah mentafsirkan kebimbangan pasaran terhadap pemulihan sektor pekerjaan yang kehilangan momentum berikutan kebangkitan semula pandemik coronavirus.

Sementara itu, hasil perbendaharaan AS 10 tahun turut meningkat ke paras tertinggi 8 setengah tahun pada tahap 0.986% pada hari Jumaat sekali gus mengangkat dagangan USD berbanding yen Jepun.

Walau bagaimanapun, situasi sebaliknya berlaku dalam pasaran saham yang turut mempamerkan lonjakan ke paras tertinggi pada hari Jumaat.

Ini kerana, para pelabur menganggap kelemahan tersebut akan memberi tekanan kepada pentadbiran AS untuk melancarkan lebih banyak pakej rangsangan fiskal bagi menyokong ekonomi.

Hal ini telah mengekalkan sentimen pasaran untuk kekal positif secara keseluruhannya pada awal minggu dan membataskan pergerakan US dolar berbanding matawang berisiko, selain turut disokong oleh prospek positif bahawa vaksin Covid-19 yang akan diedarkan sebelum akhir tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat