Sektor Pembuatan PMI UK Perlahan Pada Februari, Gbp Jatuh

68

Sektor pembuatan di United Kingdom semakin perlahan pada Februari dengan data Markit UK PMI Manufacturing Index susut ke paras 54.6 bulan lalu dari 55.9 yang direkodkan sebelum ini. Bacaan kali ini juga di bawah jangkaan pasaran di sekitar 55.7 yang merupakan bacaan terendah dalam masa tiga bulan.

Keyakinan yang menyelubungi sektor ini masih lagi kukuh dengan 50% syarikat-syarikat menjangkakan pengeluaran (output) akan meningkat tahun hadapan dengan hanya 6% menjangka output akan berkurangan. Data kali ini konsisten dengan peningkatan pengeluaran di sekitar 1.5% pada suku pertama tahun ini.

Terdapat juga keyakinan dalam pelaburan sektor ini yang akan menyokong peningkatan di masa akan datang. Komponen pelaburan akan menjadi perkara utama yang akan melonjakkan sektor pembuatan dan pengukuhan pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Tempahan domestik juga semakin pelahan tetapi diseimbangkan semula oleh kenaikan eksport dalam perniagaan baru. Tempahan eksport meningkat selama sembilan berturut-turut.

Walaupun kenaikan kos input semakin perlahan berbanding yang dicatatkan pada Januari, peningkatan kali ini masih lagi di paras tertinggi yang mana harga output juga semakin hampir ke paras tertinggi. Menurut Markit, terdapat bukti yang menunjukkan impak kelemahan matawang Pound kepada harga semakin berkurangan.

Matawang Gbp melemah sejurus data ini dikeluarkan dengan Gbp/Usd susut ke paras 1.2370 dari 1.2380 dengan penguatan US dolar masih mendominasi pasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat