Sektor Pembuatan UK Memberi Tekanan Kepada Matawang GBP

481

Matawang GBP tertekan setakat pukul 4.40 petang pada Selasa selepas beberapa data ekonomi penting dikeluarkan pada pukul 4.30 petang tadi. Data penting tersebut adalah bacaan pertumbuhan ekonomi (GDP) dan juga indeks pengeluaran sektor pembuatan.

Ekonomi berkembang pada kadar yang baik untuk bulan Mei dengan peningkatan sebanyak 0.3% pada bulan tersebut. Ini adalah pemulihan signifikan selepas kejatuhan pertumbuhan pada awal tahun ini. Anggaran pertumbuhan dalam tempoh tiga bulan menunjukkan ekonomi UK meningkat 0.2% sehingga Mei.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah kali pertama Pejabat Statistik UK mengeluarkan data pertumbuhan ekonomi bulanan yang mana hanya dikeluarkan mengikut suku-tahunan sebelum ini. Dalam model terbaru ini, anggaran pertumbuhan akan dikeluarkan lebih cepat tetapi banyak bergantung kepada kajian semula.

Satu lagi data penting iaitu pengeluaran sektor pembuatan UK merekodkan peningkatan 0.4% pada bulan Mei yang jauh meleset daripada jangkaan kenaikan 0.9%. Dalam masa yang sama pengeluaran industri juga jatuh sebanyak 0.4% pada bulan Mei berbanding jangkaan kenaikan 0.5%. Kejatuhan pengeluaran dan aktiviti yang semakin perlahan dalam sektor pembuatan UK memberi petunjuk bahawa risiko Brexit telah memberi kesan kepada ekonomi.

Matawang GBP pada Selasa cuba membuat kenaikan selepas kejatuhan besar pada Isnis. Namun, data ekonomi yang meleset sebentar tadi telah memberi tekanan baru kepada matawang Sterling.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat