Sektor Pembuatan UK Terus Berkembang, Pengeluaran Meningkat

70

Sektor pembuatan UK terus meningkat dengan pengeluaran dalam sektor ini meningkat pada Disember melebihi jangkaan pasaran dan bacaan pada bulan sebelum itu.

Pengeluaran dalam sektor pembuatan naik 2.1%berbanding bacaan pada bulan November yang berkembang 1.4% dan jauh melebihi jangkaan pasaran di sekitar 0.3%.

Sebelum ini dalam data yang mengira indeks sektor pembuatan turut mencatatkan peningkatan dengan Indeks sektor pembuatan UK (UK PMI manufacturing index) menguat ke paras 56.1 pada Disember dari paras 53.6 pada November yang juga mengatasi jangkaan pasaran iaitu 53.3. Untuk rekod data ini dikeluarkan pada Januari 2017.

Kenaikan dalam sektor ini disokong oleh komponen farmasitikal yang bergerak ‘volatile‘ (turun-naik). Namun, data kali ini dijangka akan meningkat keyakinan bahawa kelemahan Pouns sterling (Gbp) memberi kelebihan kepada UK dari segi perdagangan.

Pengeluaran industri pula secara keseluruhan naik 1.1% pada Disember lebih tinggi dari jangkaan penyusutan 0.1% pada tempoh sama dengan bacaan dari tahun ke tahun naik lebih dari jangkaan 4.3% dan 2.2% yang dicatatkan sebelum ini.

Sejurus data dikeluarkan, pergerakan Gbp agak terhad dengan Gbp/Usd hanya menguat sekitar 30 pip, manakala Eur/Gbp susut keparas 0.8510 dari 0.8525.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat