Sektor Pembuatan US Capai Paras Tertinggi 26-Bulan Lalu

40

Aktiviti sektor pembuatan mengukuh kepada 56.0 pada Januari dari bacaan 54.5 bulan lalu. Bacaan kali ini lebih tinggi dari jangkaan pasaran 55.0 dan merupakan paras yang tertinggi sejak Disember 2014.

12 daripada 18 industri di US merekodkan pertumbuhan dalam suasana perniagaan yang meyakinkan.

Komponen tempahan naik dari 60.3 kepada 60.4, di mana indeks pengeluaran meningkat dari 59.4 kepada 61.4. Apa yang menyebabkan kedua-dua komponen ini berada di atas 60.0 adalah, keadaan ekonomi yang kukuh di US.

Indeks pekerjaan juga naik dari 52.8 kepada 56.1 pada Disember. Pengukuhan data yang lebih dari jangkaan memberikan kita isyarat kepada data pekerjaan yang akan diumumkan pada Jumaat.

Komponen eksport adalah satu isu yang agak sensitif beberapa bulan akan datang, dengan kebimbangan kepada pengukuhan berterusan US dolar mampu memberikan impak negatif kepada sektor eksport. Indeks eksport kali ini mencatatkan penyusutan dari 56.0 sebelum ini kepada 54.5.

Indeks harga pula naik dari 65.5 kepada 69.0 dan merupakan bacaan tertinggi sejak Jun 2011 yang akan mengekalkan tumpuan The Fed kepada risiko kenaikan inflasi.

Data secara keseluruhan akan mengekalkan keyakinan kepada ekonomi US dalam masa terdekat dan mengekalkan potensi kenaikan kadar oleh The Fed. Dengan data positif hari ini, akan meningkatkan spekulasi kenaikan kadar The Fed lebih pantas tahun ini.

Sejurus data ini dikeluarkan, US dolar meneruskan pengukuhan selepas data ADP-NFP merekodkan bacaan tertinggi pukul 9.15 malam tadi. Tumpuan kini terarah kepada penetapan kadar oleh FOMC pukul 3.00 pagi waktu Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat