Sektor Pembuatan US Menguatkan Potensi Kenaikan Kadar Tahun Ini

42

Aktiviti dalam sektor pembuatan di US mencapai paras tertinggi sejak 23 bulan lepas. Peningkatan ini ditunjukkan oleh laporan Indeks pembuatan US (ISM manufacturing index) yang mencatatkan bacaan 54.7 pada Disember berbanding 53.2 pada November. Bacaan ini lebih tinggi dari jangkaan pasaran iaitu 53.6 dan yang tertinggi sejak Januari 2015.

Dari 18 industri di US, 11 daripadanya mencatatkan peningkatan pada Disember. Tempahan baru melonjak dari bacaan 53.0 ke paras 60.2 pada Disember, manakala indeks pengeluaran naik dari 56.0 ke paras 60.3.

Data yang dikeluarkan secara keseluruhan akan mengekalkan keyakinan dalam sektor pembuatan dan peningkatan dalam inflasi akan meningkatkan spekulasi terhadap potensi kenaikan kadar oleh The Fed pada suku pertama 2017.

Peningkatan dalam indeks PMI sektor pembuatan global akan meningkatkan jangkaan kepada pertumbuhan yang lebih tinggi dalam ekonomi global, yang akan menyokong harga komoditi seperti minyak mentah.

US dolar mendapat sokongan dari penguatan data ini dengan Eur/Usd terus menguji paras 1.0350 sejurus data dikeluarkan semalam dan reverse semula ke atas dalam masa yang singkat dan kini Eur/Usd didagangkan di paras 1.0406.

Manakala dalam pasaran bon dan ekuiti, menunjukkan respon yang signifikan dengan hasil bon-10 tahun US (bond-yield) susut kepada 2.51%, manakala Dow Jones naik ke paras tertinggi harian dan berpotensi menguji paras 20,000.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat