Sektor Perdagangan Malaysia Cemerlang! Cecah Rekod RM1.06 Trilion

275

Sektor perdagangan Malaysia terus mengekalkan prestasi cemerlang pada Jun 2021 dengan jumlah perdagangan melonjak 29.3% kepada RM188.7 bilion berbanding Jun 2020, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, perdagangan, eksport dan import merekodkan nilai bulanan kedua tertinggi dengan eksport meningkat 30.2% dari tahun ke tahun [yoy] kepada RM585.56 bilion dan import meningkat 21.1% [yoy] kepada RM470.53 bilion.

Manakala, lebihan dagangan pula melonjak 87.7% [yoy] kepada RM115.04 bilion.

Menteri kanan merangkap Menteri MITI Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata eksport merekodkan peningkatan tahun ke tahun 10 bulan sejak Septermber 2020 untuk mencatatkan pertumbuhan kukuh 27.2% kepada RM105.47 bilion.

Melihat kepada perbandingan bulan ke bulan eksport, import, jumlah perdagangan dan lebihan perdagangan masing-masing membuat kenaikan sebanyak 14.3%, 5.9%, 10.4% dan 61.7%.

Pertumbuhan eksport disumbangkan oleh permintaan yang tinggi bagi keluaran petroleum, produk elektronik (E&E), produk kimia, pembuatan logam dan peralatan pengangkutan serta produk getah.

“Eksport ke semua pasaran utama iaitu ASEAN, China, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun merekodkan pertumbuhan dua digit,” tambahnya.

Bagi separuh pertama 2021, jumlah perdagangan Malaysia melonjak 26% dengan nilai RM1.06 trilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat