Sektor Perkhidmatan UK Mencatat Peningkatan Yang Memberangsangkan Pada Bulan Oktober

61

Sektor perkhidmatan UK melonjak naik pada bulan lepas,namun industri syarikat masih khuatirkan perkembangan Brexit. Laporan ini dikeluarkan selepas Bank of England (BoE) meningkatkan kadar faedah buat pertama kali dalam tempoh 1 dekad.

Indeks PMI (Purchasing Manager’s Index) sektor perkhidmatan meningkat kepada 55.6 pada bulan Oktober berbanding bulan September yang mencatat bacaan 53.6. Bacaan bulan Oktober iaitu 55.6 merupakan bacaan tertinggi sejak April lalu dan peningkatan ini merupakan peningkatan terbesar 1 bulan lalu sejak Ogos 2016.

Dalam masa yang sama, bacaan ini melampaui bacaan jangkaan penganalisis. Bacaan PMI sektor perkhidmatan juga mencatat peningkatan yang lebih tinggi daripada bacaan PMI sektor pembuatan dan pembinaan pada bulan Oktober.

Menurut IHS Markit, data ini menunjukkan indikasi bahawa ekonomi sedang berkembang pada kadar 0.5% sukuan berbanding dengan pertumbuhan suku tahun ketiga yang mencatat pertumbuhan 0.4%.

Walaupun laporan PMI sektor perkhidmatan memberangsangkan namun syarikat-syarikat perkhidamatan masih khuatir dengan perkembangan Brexit.

Pertumbuhan akan lebih meningkat jika perjanjian itu dapat meningkatkan keyakinan industri perniagaan untuk melabur. Tetapi jika kemajuan perjanjian itu kurang bagus, ia akan memberi dampak buruk kepada matawang pound dan memberikan tekanan pada inflasi.

Jika dilihat dalam konteks ekonomi keseluruhan, laporan PMI menunjukkan peluang pekerjaan yang dicipta berada pada paras terendah sejak Mac.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat