Sektor Perkhidmatan UK Merosot Bulan Lalu, Matawang GBP Sedikit Tertekan

407

Matawang GBP tertekan selepas data sektor perkhidmatan dikeluarkan pada pukul 4.30 petang pada Khamis. GBP/USD ketika ini membuat penurunan setakat pada pukul 4.39 petang.

Aktiviti ekonomi dalam sektor perkhidmatan UK merosot pada Mac yang turut meleset lebih daripada jangkaan. Bacaan kali ini mengurangkan keyakinan terhadap ekonomi British di mana sektor perkhidmatan mewakili 80% Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Markit melaporkan indeks PMI sektor perkhidmatan merosot kepada 51.7 berbanding bacaan yang dicatat sebelum ini 54.5

Jangkaan pasaran untuk data kali ini ialah 53.9, di mana jika bacaan berada di atas paras 50 menunjukkan aktiviti ekonomi yang semakin meningkat dan begitu juga sebaliknya jika bacaan di bawah 50 menunjukkan aktiviti ekonomi yang merosot.

Ini adalah satu kejatuhan yang lebih besar kepada data berbanding jangkaan pasaran. Data hari juga adalah bacaan paling rendah sejak referendum Brexit pada tahun 2016.

Data ini penting kerana sektor perkhidmatan UK adalah tulang belakang kepada ekonomi secara keseluruhan. Data ini juga juga dilihat sebagai reaksi perniagaan di UK terhadap keadaan pasaran.

Laporan sama yang dikeluarkan pada minggu ini menunjukkan sektor pembuatan UK meningkat pada Mac tetapi komponen pengeluaran jatuh mendadak dalam masa yang sama. Sektor pembinaan pula merekodkan kejatuhan berikutan keadaan cuaca sejuk sepanjang bulan lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat