Sektor Perkhidmatan UK Merosot Pada Januari, GBP/USD Tertekan

413

Aktiviti dalam sektor perkhidmatan UK merosot bulan lalu dengan data yang dikeluarkan oleh Markit menunjukkan indeks PMI susut kepada 53 berbanding jangkaan 54.1.

Data sebelum ini merekodkan bacaan 54.2 di mana bacaan melebihi 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang manakala di bawah 50 adalah sebaliknya.

Markit mengatakan pengeluaran perkhidmatan di UK meningkat pada kadar terendah sejak September 2016, dengan tempahan baru juga naik pada kadar rendah berbanding bacaan purata 2017.

Markit juga menunjukkan data Januari berkemungkinan akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi kepada hanya 0.3% daripada 0.4%. Ia juga dilihat negatif kepada polisi monetari Bank of England.

Dengan tinjauan yang juga menunjukkan tekanan harga yang lemah, data kali ini mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah bank pusat.

Data hari ini sekaligus diterjemahkan kepada kelemahan matawang GBP dengan GBP/USD susut hampir 80 pip selepas data ini dikeluarkan sehingga pada masa artikel ini ditulis.

Data jualan runcit Zon-Eropah

Jualan runcit di Zon Eropah pada bulan lalu merosot disebabkan jualan tenaga dan pakaian yang rendah.  Statistik Eropah melaporkan jualan runcit di 19 negara merosot 1.1% lebih daripada jangkaan kemerosotan 1.0%. Bulan November merekodkan peningkatan 2%.

EUR/USD tidak banyak berubah selepas data ini dikeluarkan pukul 6 petang tadi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat