Sektor Perkhidmatan US Sedikit Perlahan Bulan Lalu

43

PMI sektor perkhidmatan US yang dikeluarkan pada Khamis jatuh kepada 53.9 dari 57.4 sebelum ini dan jauh berada di bawah jangkaan pasaran 57.0. Bacaan kali ini juga adalah yang terendah sejak 11 bulan lalu.

15 daripada 18 industri dalam sektor perkhidmatan dilaporkan mencatat pertumbuhan pada tempoh sama berbanding 17 industri sebelum ini.

Indeks aktiviti perniagaan merosot kepada 55.9 dari 60.8 pada Jun. Tempahan baru pula jatuh kepada 55.1 dari 60.5, manakala komponen tempahan yang belum dihantar hanya sedikit berubah.

Komponen pekerjaan pula jatuh kepada 53.6 dari 55.8 menunjukkan prestasi pasaran pekerjaan yang perlahan pada Julai dalam sektor perkhidmatan.

Syarikat-syarikat secara keseluruhan kekal yakin terhadap ekonomi walaupun data agak meleset kali ini.

Data secara keseluruhan dilihat akan menyebabkan spekulasi bahawa pertumbuhan semakin perlahan bulan lalu. Oleh sebab data pekerjaan NFP akan dikeluarkan pada Jumaat, kejatuhan komponen pekerjaan dalam data kali ini memberikan isyarat kelemahan dalam pasaran pekerjaan secara keseluruhan.

US dolar sekali lagi tertekan malam ini dengan USDJPY jatuh lebih dari 40 pip setakat 10.40 malam. EURUSD pula mengukuh dan begitu juga terdapat sedikit pemulihan oleh GBPUSD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat