Sel-Sel Kripto Enzyme (MLN) Berhubung, ‘Meroket’ Di Saat Pasaran Bergelora!

372

Enzyme, berperanan sebagai desentralisasi infrastruktur pengurusan yang dibina di Ethereum.

Dengan menggunakan Enzyme Smart Vaults, individu dan komuniti boleh membina, skala dan pelaburan wang strategi yang menggunakan inovasi terbaru dalam kewangan desentralisasi.

Enzyme dulunya dikenali sebagai Melon Protocol dan baru sahaja dijenamakan semula, manakala mainnetnya pula dilancarkan pada bulan Januari 2021.

Sejak harga pasaran kripto merundum beberapa hari ini, Enzyme menyaksikan potensi yang positif dengan menghasilkan hampir 140% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $234.80 pada sesi dagangan minggu ini.

Menarik untuk dilihat pada carta MLN/USDT yang menjadi tumpuan para pelabur.

Walaupun harga pasaran kripto masih dilihat bergerak secara lemah, namun MLN kekal konsisten pamer 50% lonjakan pada sesi dagangan hari ini.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat sedang berlegar-legar di ruangan zon resistance $180 samada membuat correction atau meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Penganalisa kripto menjangkakan, jika MLN kekal dengan corak kenaikan, zon resistance $220 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum melonjak dengan lebih agresif.

Zon tersebut juga kemungkinan bakal menjadi penentu untuk MLN menuju ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) $270 jika berjaya di tembusi oleh MLN.

Akan tetapi, sekiranya MLN pamer corak penurunan, zon RBS (resistance become support) $150 bakal menjadi tumpuan untuk diuji sebelum membuat penurunan ke paras yang lebih rendah.

Ketika penulisan, MLN/USDT didagangkan $175 melonjak lebih 70% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada pada carta ke-152 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto MLN/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat