Selamanya Terbaik, Bitcoin Catat Keuntungan 10x Ganda!

752

Bitcoin (BTC) tidak pernah gagal membuktikan dominasinya dengan mengatasi keseluruhan kes aset sejak lebih 10 tahun ini.

Berdasarkan rekod yang didedahkan oleh pengasas dan CEO Compound Capital Advisor, Charlie Bilello, Bitcoin telah mencatatkan keuntungan tahunan dengan rata-rata sebanyak 230%, 10 kali ganda lebih tinggi berbanding kelas aset peringkat kedua.

Manakala, US Nasdaq 100 Index berada di kedudukan kedua selepas Bitcoin, dengan keuntungan 20%, diikuti beberapa firma saham dengan nilai pasaran melebihi $10 bilion – US Large Caps mencatatkan pulangan 12.9%.

Emas pula pada masa yang sama meraih keuntungan 1.5% sejak 2011 dengan lima rekod tahunan merangkumi 2013, 2014, 2015, 2018 dan 2021 telah mencatatkan kerugian.

Menurut Gold Price, emas telah susut 8.5% sejak awal 2021.

Sementara itu, keuntungan keseluruhan BTC sejak 2011 sehingga 2021 telah mencatat rekod sebanyak 20 juta peratus.

Pada 2013, tahun terbaik bagi aset Satoshi Nakamoto dengan keuntungan 5,507%.

Bitcoin hanya mencatatkan kerugian untuk dua tahun, bermula pada 2014 dengan 58% dan 2018 sebanyak 73%.

Bermula 2021 sehingga hari ini, BTC mencatatkan lonjakan 108% kepada $61,683 semalam.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $60,502 sedikit susut 1.23% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat