Selamat Ke Ekonomi Australia Kalau Terus Macam Ni?

474

Minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) yang menjadi tumpuan utama pasaran pada sesi Asia hari ini memperlihatkan pendirian bank pusat untuk kekal dengan dasar monetari semasa.

Ketika mesyuarat polisi yang berlangsung pada awal bulan baru-baru ini, RBA seperti dijangkakan telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah di tahap terendah 0.25% dan pendekatan akomodatif akan diteruskan selagi ia diperlukan.

Ahli RBA dikatakan akan terus menilai situasi yang masih lagi tidak menentu di Australia dan bersedia untuk menyesuaikan pendekatan semasa jika keadaan memerlukan.

Wabak coronavirus telah melumpuhkan aktiviti perniagaan dan pengguna di seluruh Australia sehingga menyebabkan pengangguran meningkat ke paras ketinggian 22 tahun dan menghadapi kemelesetan pertamanya dalam hampir tiga dekad.

RBA berulang kali menyatakan kejutan terhadap ekonomi Australia akibat wabak itu akan menjadi paling parah daripada yang pernah dialami sejak tahun 1930 an, sementara prospek pertumbuhan kekal tidak menentu.

Mesyuarat polisi bagi bulan Julai berlangsung ketika negeri kedua terbesar Australia berdepan dengan ancaman gelombang kedua coronavirus setelah menyaksikan lonjakan kes yang tinggi. Ini memaksa pihak berkuasa mengenakan semula sekatan di negeri itu.

Selain daripada minit mesyuarat RBA, ucapan Gabenor Philip Lowe turut menjadi tumpuan pada sesi Asia. Lowe telah menggesa kerajaan persekutuan untuk meminjam lebih banyak dan meningkatkan perbelanjaan awam untuk menyokong pemulihan ekonomi.

Lowe juga menyambut baik tindakan kerajaan yang melanjutkan pelan sokongan pendapatan ‘JobKeeper’ sehingga Mac 2021, tetapi dengan jumlah pembayaran yang lebih rendah dan peraturan kelayakan yang ketat mulai Oktober.

Tindakan kerajaan ini sedikit membantu meringankan beban bank pusat untuk terus menyokong ekonomi daripada kesan Covid-19.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat