Selamat Tinggal Donald Trump

510

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyampaikan ucapan terakhirnya sebelum meninggalkan White House menerusi saluran YouTube.

“Kita buat apa yang kita patut buat dan banyak lagi. Saya mengharungi pertempuran yang sukar, paling sukar kerana anda memilih saya untuk melakukannya,” ujar Trump.

Trump sehingga kini masih belum menerima sepenuhnya keputusan pilihan raya Presiden pada November tahun lalu.

Tempoh dua minggu terakhir Trump sebagai Presiden dipenuhi dengan insiden buruk membabitkan para penyokongnya yang menyerbu bangunan Capitol sehingga mengakibatkan kira-kira lima orang maut dan puluhan lagi cedera.

“Keganasan politik adalah serangan terhadap semua benda yang kita sayangi sebagai rakyat Amerika. Perkara itu tidak boleh sesekali diambil mudah,” tambah Trump lagi.

Menurut Trump lagi, pentadbirannya telah membina ‘ekonomi terhebat dalam sejarah dunia’.

Pasaran saham AS telah pulih semula daripada pandemik coronavirus dengan indeks Nasdaq melonjak 42% pada tahun lalu S&P 500 juga meningkat sebanyak 15%.

Bagaimanapun, sebahagian lagi sektor ekonomi masih berdepan kesukaran. Majikan terpaksa mengurangkan pengambilan pekerja pada bulan lalu.

Selain itu, jualan runcit AS juga merudum sejak beberapa bulan kebelakangan ini manakala tuntutan pengangguran dilihat meningkat.

“Agenda kami bukan mengenai kanan atau kiri, bukan tentang Republikan atau Demokrat tetapi mengenai kebaikan negara dan itu bermakna seluruh negara,” kata Trump.

Trump meninggalkan White House dengan peratusan undi sokongan sebanyak 34% sahaja, paling rendah bagi seorang Presiden yang melepaskan jawatannya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat