Selepas 10 Tahun, Ticker ‘FB’ Secara Rasmi Tukar Kepada ‘META’

244

‘Cantik, lepas ni penulis akan guna ‘Meta’ untuk merujuk kepada Facebook ye.’

Facebook yang dijenamakan semula kepada Meta Platforms Inc secara rasminya akan menggunakan ticker ‘META‘ ketika pembukaan sesi dagangan New York hari ini.

Ia menandakan pengakhiran ticker ‘FB‘ yang digunakan sejak kali pertama penyenaraian tawaran awam permulaannya (IPO) pada 10 tahun lalu.

Umumnya, syarikat menukar nama kepada Meta Platforms 8 bulan lalu sebagai simbolik kepada usahanya dalam menjadi peneraju dunia maya metaverse.

Menyusuri perjalanan syarikat, Mark Zuckerberg telah menubuhkan Facebook ketika berusia 19 tahun pada tahun 2004 lalu untuk membolehkan pelajar bersosial menerusi internet.

Populariti Facebook mulai mencanak dan ketika 2012, ia menjadi antara syarikat teknologi gergasi terbesar semasa penyenaraian IPO-nya dengan permodalan pasaran sebanyak $104 bilion.

Selepas 2 dekad penubuhan, Facebook semakin berkembang melalui pemerolehan aplikasi sosial lain termasuk WhatsApp dan Instagram untuk menjadi gergasi media sosial paling berpengaruh dalam generasinya.

Sungguhpun begitu, perubahan ticker tersebut tidak bermakna syarikat Zuckerberg akan menamatkan aplikasi Facebook, cuma sekadar perubahan corak perniagaan.

Menurut ketua strategi pasaran National Securities New York, Art Hogan, penukaran ticker biasanya memberi isyarat perubahan asas dalam model perniagaan asas sesuatu syarikat namun ia tidak akan membawa kepada perbezaan besar.

Dalam pada itu, saham Meta menyusut sebanyak 42% setakat tahun ini, selain diapit pelbagai kontroversi termasuk kritikan penggubal undang-undang dan pengawal selia berkaitan kuasa pasarannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat