Selepas 6 Tahun Menanti, Apple Takluk China Akhirnya

668

Oh no, telefon pintar China akhirnya tewas kepada Apple!

Apple Inc kini merupakan jenama telefon pintar paling laris di China bagi suku akhir 2021 sejak 2015.

Model iPhone 13 keluaran Apple telah berjaya mengalahkan jenama lain seperti Vivo dan Oppo apabila Huawei Technologies Co menjunam ke ranking bawah.

Laporan Counterpoint Research melaporkan jualan produk Apple di China meningkat 32% walaupun secara keseluruhan pasaran domestik mengecut 9% ekoran isu kekurangan cip dan kelembapan ekonomi yang mengekang pengeluaran dan permintaan.

Peralihan dinamik dalam pasaran China ini berlaku selepas sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport teknologi telah melumpuhkan peniagaan telefon pintar Huawei.

Ekoran daripada itu, rangkaian gergasi China tersebut terpaksa melepaskan anak syarikatnya Honor pada 2020 yang pada ketika itu mengungguli tempat ke-5 selepas Xiaomi Corp.

Tambah Counterpoint lagi, pasaran saham Apple di China mencapai rekod 23% pada 3 bulan terakhir 2021.

Umumnya, permintaan telefon pintar dunia berterusan dibawah tekanan kerana inflasi, kemelesetan ekonomi dan kitaran penggantian yang melembabkan jualan sementara masalah kekurangan cip menambah lagi keburukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat