Selepas 9 Tahun Berkhidmat, CEO Axiata Letak Jawatan!

989

Perpisahan ini sukar ku terima, namun tetap daku telan.

Pegawai eksekutif Axiata Digital Servies, Mohd Khairil Abdullah telah meletakkan jawatannya.

Menurut sumber dari Axiata Digital Services yang merupakan salah satu cabang perkhidmatan digital Axiata Group Bhd berkata Mohd Khairil Abdullah yang telah berkhidmat selama 9 tahun akan meninggalkan kumpulan tersebut pada 14 Febuari 2022.

Mohd Khairil Abdullah telah memulakan perkhidmatannya pada 2012 sebagai ketua pegawai pemasaran dan operasi kumpulan sebelum dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Axiata Digital pada 2014.

Portfolio sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut menyaksikan kerugian bersih Axiata Digital mengecil 60% kepada RM97 juta bagi tempoh 9 bulan berakhir 30 September 2021 dan hasil tahun sehingga kini (YTD) meningkat lebih 2 kali ganda kepada RM643 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat