Selepas Bacaan Inflasi AS, Pasaran Saham Susut Menjelang Data Ekonomi China

321

Pasaran saham menyusut dengan saham Asia jatuh menjelang terbitan data ekonomi China dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS), menambah kebimbangan pelabur mengenai pertumbuhan global.

Bacaan data indeks harga pengguna (CPI) AS, yang mencatat lonjakan 8.6%, mengisyaratkan Federal Reserve (Fed) mungkin lebih agresif dalam menaikkan kadar faedah pada hujung minggu ini.

Ia secara tidak langsung mencetus kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi dunia, menyebabkan pelabur beralih dari ekuiti ke arah pelaburan lebih selamat.

Ekoran itu dagangan Wall Street menyaksikan indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 880 mata (2.7%) pada 31,392.8, S&P 500 hilang 117 mata (2.9%) pada 3,900.8 dan Nasdaq Composite susut 414.2 mata (3.5%) pada 11,340.

Dalam pada itu, China dijangka menerbitkan data pengeluaran perindustian dan jualan runcitnya untuk bulan Mei pada Rabu yang menambah kebimbangan pelabur selain penantian pengumuman Fed.

Di pasaran Asia pula Nikkei Jepun 225 turun 2.4% apabila saham firma konglomerat SoftBank Group jatuh 4.58% sementara Kospi Korea Selatan gugur 4.58%.

Indeks MSCI saham Asia-Pasifik luar Jepun susut 0.53%.

Di pasaran bon, nota 10 tahun AS mencapai ke paras tertinggi 4 tahun baharu pada 3.159%.

Sementara itu, indeks dolar yang mengukur sejumlah mata wang lain naik pada 104.476 sementara Yen Jepun menurun berbanding dolar pada 134.67 dan dolar Australia susut pada $0.7014.

Harga minyak semasa sesi dagangan Asia dilihat menurun dengan niaga hadapan minyak mentah Brent turun 1.9% pada $119.69 manakala niaga hadapan minyak mentah AS susut 1.96% pada $118.31.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat