Selepas Beberapa Hari Bergerak Layu, Bursa Mula Mengubah Arah

140

Terdapat lantunan kecil pada pasaran saham tempatan pagi ini selepas menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman dengan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang baik.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 1.24 mata pada 1,463.79 sebelum naik 2.57 mata pada 1,465.12 berbanding penutupan Rabu pada 1,462.55.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 229 atasi kerugian pada 123, manakala 238 kaunter pula tidak berubah, 1,674 tidak didagangkan dan 22 digantung.

Jumlah perolehan pada 353.75 juta unit bernilai RM104.16 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, minat belian dijangka berlaku pada pasaran tempatan dengan pemulihan keyakinan pengguna muncul sebagai pemangkin positif.

Atas faktor itu, firma mengunjurkan indeks akan berlegar di paras sokongan 1,460-1,450 sementara sektor pembinaan dan bahan binaan menjadi pilihan dengan penyambungan semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank hilang 4 sen pada RM8.74 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) turun 1 sen pada RM9.16 sementara Public Bank Bhd tambah 1 sen pada RM4.42, CIMB Group Holdings Bhd naik 1 sen pada RM5.80 dan Petronas Chemicals Group Bhd canak 8 sen pada RM8.16.

Saham aktif memperlihatkan Serba Dinamik Holdings Bhd naik 0.5 sen pada 1.5 sen dan Citaglobal Bhd kumpul 0.5 sen pada 29.5 sen, Reneuco Bhd raih 6.5 sen pada 32 sen dan Sarawak Consolidated Industries Bhd capai 1.5 sen pada 15.5 sen sementara XOX Bhd mendatar pada 2 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas raih 23.01 mata pada 10,517.76, indeks FBM Emas Shariah lonjak 33.28 mata pada 10,585.45, indeks FBM 70 canak 37.60 mata pada 12,851.28, indeks FBM ACE tambah 23.57 mata pada 5,489.42 dan indeks FBMT 100 kumpul 20.66 mata pada 10,226.19.

Segi sektor, indeks Perladangan kumpul 28.01 mata pada 6,801.36, indeks Tenaga lonjak 6.86 mata pada 791.13, indeks Produk serta Perkhidmatan raih 0.66 mata pada 176.05 sementara indeks Perkhidmatan Kewangan turun 1.08 mata pada 16,601.10.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat