Selepas Capai Paras Tertinggi 3 bulan Pada Sesi Asia, GBP/USD Turun Semula 130 Pips!

853

Dagangan pada Selasa menunjukkan Pound Sterling bergerak lemah selepas mencapai paras ketinggian terbaru 3 bulan di paras 1.27500 pada carta pasangan GBP/USD.

Dari paras tersebut, harga telah membuat penurunan lebih 100 pips dengan penurunan lebih ketara di pamerkan pada awal sesi Eropah.

Tekanan dagangan Pound didorong oleh ketidaktentuan pada perkembangan rundingan Brexit antara UK dan Kesatuan Eropah (EU). Keputusan yang masih belum jelas dengan tempoh yang semakin singkat akan lebih meningkatkan kebimbangan pelabur.

Penurunan harga pada carta GBP/USD turut dipengaruhi pengukuhan bagi matawang US dolar dengan sentimen pasaran mula dilihat berisiko di samping pelabur berwaspada menjelang mesyuarat FOMC.

Jika diperhatikan, harga telah membuat penurunan lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD, memberikan isyarat awal perubahan trend bearish.

Namun, harga yang turun ke paras sekitar 1.26200 dilihat menguji zon RBS (resistance become support) untuk menentukan arah pergerakan yang lebih jelas.

Penurunan lebih rendah akan menuju paras tumpuan pada 1.25000 yang juga berada pada zon RBS sebelum penurunan diteruskan sehingga ke paras 1.26300.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras ketinggian 1.27500 yang dicapai pada awal sesi Asia pagi ini akan diuji semula.

Kenaikan melepasi paras tersebut akan terus mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 bulan bagi carta GBP/USD.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat