Selepas Capai Paras Tertinggi 5 Bulan, Pelabur Nantikan Peluang Dagangan Pada EUR/JPY

378

Matawang Euro diniagakan lemah sejak sesi pasaran Eropah pada Isnin selepas data ekonomi zon Eropah yang dikeluarkan mencatatkan bacaan yang merosot secara keseluruhan.

Terutamanya data PMI pembuatan di Jerman yang susut pada Disember menunjukkan penguncupan bagi bulan ke 12 berturut-turut dalam aktiviti perkilangan pada ekonomi terbesar zon Eropah tersebut.

Didorong bacaan tersebut, menyusul bacaan PMI zon Eropah untuk Disember secara keseluruhannya yang menunjukkan data PMI pembuatan mencatat bacaan lemah berbanding jangkaan peningkatan oleh pasaran, dan turut rendah berbanding bacaan bulan sebelumnya.

Turut diniagakan lemah adalah matawang safe-haven Yen berikutan faktor positif perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang telah mencapai kesepakatan minggu lalu.

Walaupun begitu, pelabur tetap berwaspada menantikan sebarang perkembangan terbaru ekoran perjanjian yang telah dicapai belum ditandatangani secara rasmi dan terdapat kemungkinan untuk perbincangan perjanjian fasa kedua akan datang.

Dilihat pergerakan harga bagi kedua-dua matawang Euro dan Yen pada carta harga EUR/JPY, harga membuat kenaikan dengan kadar pergerakan yang perlahan pada dagangan Isnin meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Sebelum itu, pada dagangan Jumaat minggu lalu, harga telah menunjukkan pergerakan drastik dengan kenaikan ketara harga dari paras 121.400 pada awal sesi Asia bermula merekodkan paras ketinggian terbaru sejak Julai lalu mencecah paras 122.600.

Namun, harga kembali menjunam semula dari paras ketinggian yang dicapai turun hampir mencecah semula ke paras lonjakan harga sekitar 121.500.

Pergerakan harga pada sesi Asia hari ini menunjukkan harga bergerak perlahan masih berlegar di garisan MA50 untuk isyarat pergerakan yang lebih jelas dengan ketiadaan berita penting yang mempengaruhi matawang Euro dan Yen.

Kedua-dua matawang kekal diniagakan lemah. Sebarang laporan terbaru berkaitan dijangka akan memberi impak terhadap pergerakan harga pada carta EUR/JPY.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan, paras ketinggian pada 122.600 yang dicapai minggu lalu akan kembali diuji sebelum harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Harga berkemungkinan mencatatkan paras ketinggian terbaru mencapai paras 123.100 yang berada pada zon resistance harga pada dagangan Jun dan Julai sebelum ini. Paras ini juga dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) utama pada carta EUR/JPY.

Namun jika harga turun lebih rendah di bawah MA50, harga lebih cenderung untuk membuat penurunan lebih rendah dijangka menuju semula ke paras 121.400.

Momentum penurunan yang dikekalkan bakal menguji pula paras penting 121.000 yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) yang diuji sejak awal dagangan Disember.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat