Selepas Cecah Paras 1.30000, Dagangan GBP/USD Turun 130 Pips

340

Ketidaktentuan Brexit terus membuatkan dagangan Pound Sterling berisiko dalam pasaran. Dewan Parlimen telah meluluskan perjanjian Brexit PM Boris Jonhson namun hasrat untuk pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah pada 31 Oktober ini mendapat halangan memandangkan ahli parlimen mahukan tempoh masa lebih panjang untuk pemeriksaan undang-undang terbaru.

Kerajaan kini akan bekerjasama bersama Suruhanjaya EU untuk menentukan tempoh lanjutan seperti yang dimohon oleh PM Johnson berdasarkan akta ‘Benn Act’.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang utama GBP/USD telah menunjukkan penurunan setelah gagal melepasi paras resistance pada 1.30000.

Pada dagangan semalam, harga menunjukkan penurunan sebelum kenaikan harga pada sesi New York menyentuh paras resistance 1.30000 dan kemudiannya kembali menjunam sekitar 130 pips ke paras terendah harian hampir ke paras 1.28600.

Bersambung pada dagangan Rabu, pergerakan harga dilihat agak mendatar dengan julat pergerakan harga sekitar 50 pips dan berada di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) dengan jangkaan penurunan awal harga ke paras lebih rendah.

Dengan tekanan pada isu Brexit yang membimbangkan pasaran, harga bakal turun lebih rendah menuju ke paras 1.27800 yang berada pada zon RBS (resistance become support) yang terdekat.

Penurunan lebih rendah akan menguji pula zon RBS seterusnya sekitar 1.27000 yang menjadi paras penting tumpuan harga pada dagangan beberapa minggu lalu.

Namun, jika perkembangan Brexit kekal positif, harga bakal melonjak ke paras lebih tinggi berkemungkinan menuju ke paras 1.31500 sekitar 150 pips lebih tinggi dari paras ketinggian semasa.

Kekal ikuti perkembangan terkini Brexit dan lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat