Selepas Cecah Paras Terendah 5 Tahun, Pelabur Waspada Isyarat Trend Menaik Harga EUR/USD

320

Setelah menutup dagangan minggu lalu dengan pengukuhan yang dipaparkan, namun US dolar gagal mengekalkan momentum positif tersebut pada pembukaan dagangan awal minggu ini.

Walaupun penganalisis menjangkakan situasi ini hanya bersifat sementara sebelum US dolar kembali mengukuh semula, namun ini telah memberi ruang untuk kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran untuk meningkat.

Begitu juga dengan Euro yang berjaya meningkat berbanding US dolar pada awal minggu ini di mana turut disokong oleh jangkaan untuk kenaikan kadar faedah oleh bank pusat Eropah pada mesyuarat Julai nanti.

Ini adalah kenaikan kadar faedah yang pertama dalam tempoh 1 dekad yang bakal dilaksanakan oleh European Central Bank (ECB) selepas isyarat turut disampaikan oleh Presiden Christine Lagarde sendiri.

Harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD telah menunjukkan peningkatan semula untuk dagangan awal minggu ini di atas paras 1.0400 selepas terjunan harga yang dipaparkan dari zon 1.0500 minggu lalu.

Selepas penurunan harga pada minggu lalu telah mencatatkan paras terendah terbaru 5 tahun mencecah sekitar 1.0350, harga telah menunjukkan isyarat untuk perubahan awal trend bullish minggu ini selepas kenaikan harga yang melepasi paras 1.0400 turut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Setelah paras 1.0400 yang dilihat menjadi paras sokongan baru buat harga, harga telah meningkat dari paras tersebut pada sesi New York semalam dan menyambung dagangan ke sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan peningkatan pada kadar yang perlahan.

Kenaikan lebih tinggi bakal dijangkakan untuk menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.05000 semula selepas harga menjunam di bawah zon tersebut minggu lalu.

Untuk kenaikan lebih tinggi yang diteruskan melepasi zon 1.0500 akan mendorong jangkaan bagi pergerakan trend bullish yang lebih jelas untuk menuju pula ke zon rintangan sekitar 1.0600.

Namun jika harga menyambung semula penurunan seperti minggu lalu, paras terendah terbaru sekitar 1.0350 akan cuba diatasi untuk terus mencatatkan paras terendah terbaru lagi.

Sasaran untuk penurunan lanjut adalah menuju zon tumpuan sekitar 1.0300 yang dijangka bakal menjadi support terbaru buat harga.

Pelabur akan memberi tumpuan terhadap terbitan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York yang bakal mempengaruhi pergerakan harga semasa.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat