Selepas Fed, ECB Pula Jadi Tumpuan!

205

Setelah dikejutkan dengan kenyataan Federal Reserve (Fed) untuk mengetatkan dasarnya kerana tekanan inflasi, penganalisis kini mengharapkan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk melakukan tindakan yang sama.

Terdahulu, Pengerusi Jerome Powell memberi petunjuk bahawa bank pusat akan membincangkan pengurangan pembelian aset yang lebih cepat berikutan tekanan inflasi semakin meningkat.

Kenyataan ini telah meredakan kebimbangan pasaran selepas melihat kadar inflasi Amerika Syarikat melonjak ke tahap tertinggi 30 tahun pada bulan Oktober.

Situasi ini bukan sahaja dihadapi oleh ekonomi terbesar dunia itu, tetapi juga di seluruh dunia, termasuk Eropah.

Ketua Ekonomi UK dan Zon Eropah di Nomura, George Buckley mengatakan bahawa masih tidak jelas sama ada inflasi yang lebih tinggi di Zon Eropah akan meninggalkan kesan yang berterusan pada ekonomi.

Ini susulan data yang diterbitkan pada hari Selasa yang menunjukkan inflasi mencapai paras tertinggi dalam rekod dalam tempoh 25 tahun data dikumpul, dengan kenaikan 4.9% pada November.

Bagaimanapun dengan ancaman terbaru varian Omicron baharu dan kebangkitan coronavirus di Eropah, ECB mungkin tidak akan mengubah pendekatan dasar monetarinya.

Malah, program pembelian bon kecemasan (PEPP) juga mungkin tidak akan ditamatkan pada bulan Mac 2022 seperti dirancang awalnya kerana ancaman terbaru ini.

Namun, adakah ECB akan membiarkan kadar inflasi terus meninggi? Buat masa ini, para penggubal dasar bank pusat optimis bahawa kenaikan harga semasa hanya sementara.

Pelabur kini menantikan ucapan Presiden Christine Lagarde pada hari Jumaat untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai tekanan inflasi semasa dan ancaman terbaru Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat