Selepas GBP/US Naik 80 Pips, Pelabur Tunggu ‘Signal’ Lebih Jelas

605

Situasi pergerakan yang sama dipaparkan pada carta pasangan matawang GBP/USD pada hari kedua dagangan minggu ini dengan paras 1.30000 menjadi paras sokongan harga.

Jika diperhatikan pergerakan harga di sesi Asia semalam, harga gagal melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum turun semula ke paras 1.30000.

Namun, harga kembali melonjak semula dari zon RBS (resistance become support) tersebut melepasi halangan dinamik MA50 dengan kenaikan harian dicatatkan sekitar 80 pips.

Faktor yang mendorong peningkatan Pound di sesi Eropah adalah harapan terhadap kesepakatan rundingan Brexit antara United Kingdom (UK) bersama Kesatuan Eropah (EU) dicapai pada saat akhir. Namun kenaikanharga dilihat bersifat sementara.

Menguji paras ketinggian pada awal minggu, harga turun semula sehingga sesi New York berakhir berikutan kebimbangan pelabur terhadap pasaran mendorong pengukuhan nilai US dolar.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan di sekitar paras MA50 dengan arah pergerakan yang masih belum jelas.

Jika penurunan berlaku, paras 1.30000 akan kembali diuji dan jika harga berjaya menembusinya, zon RBS (resistance become support) pada 1.29000 akan menjadi tumpuan seterusnya.

Sebaliknya jika kenaikan harga berlaku pula, paras rintangan mingguan sekitar 1.30800 akan diuji sebelum harga yang meneruskan kenaikan akan kembali ke zon resistance di bawah paras 1.32000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat