Selepas Jatuh Ke Paras Terendah 6 Bulan, Ini Jadi Pada Harga Minyak!

135

Dagangan minyak mentah kembali stabil susulan kejatuhan yang dicatatkan dalam dagangan yang tidak menentu pada hari Selasa yang membawanya ke paras terendah terbaharu 6 bulan.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat pada sekitar harga $92 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula sedikit berubah $86 setong.

Kedua-dua penanda aras jatuh sekitar 3% berikutan kebimbangan terhadap kemelesetan global yang terus meningkat akan memberi kesan besar pada permintaan tenaga.

Walaupun begitu, harga kembali stabil setelah diperlihatkan dengan laporan industri baharu dari Institut Petroleum Amerika (API) yang lebih baik daripada jangkaan.

Bekalan minyak mentah Amerika Syarikat tanpa dijangka menunjukkan penurunan sebanyak 448,000 tong pada minggu lepas berbanding ramalan untuk berkurang hanya 117,000 tong.

Bacaan ini juga menandakan kejatuhan pertama dalam inventori minyak AS selepas dua minggu berturut-turut ia mencatatkan peningkatan sehingga mendorong dagangan minyak mentah terus merosot.

Data rasmi bekalan minyak mentah dan jualan runcit AS yang bakal dikeluarkan pada hari ini akan menjadi tumpuan pelabur seterusnya yang akan menentukan pergerakan selanjutnya untuk komoditi hitam itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat