Selepas Jatuh Menjunam, Ini Bakal Jadi Minggu Terburuk Emas!

5,158

Emas mempamerkan pergerakan suram menuju penghujung minggu, meletakkan logam kuning itu di landasan untuk minggu terburuknya dalam tempoh lima bulan.

Pandangan hawkish Federal Reserve (Fed) terus menerus menekan logam berharga emas untuk susut lebih rendah, menghapuskan manfaat yang diraih daripada lonjakan inflasi global sebelum ini.

Risiko terbaru daripada varian Covid-19 yang dikatakan lebih bahaya dari delta malangnya gagal mengangkat emas sebagai safe-haven, meskipun hasil bon AS juga menyusut disebabkan kebimbangan ia akan membantutkan pertumbuhan ekonomi.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun susut ketara pada 1.58% daripada sekitar 1.70% yang dicatatkan pada hari Rabu. Sementara pergerakan US dolar juga terhad pada sesi Asia.

Pada sesi Asia, emas terus berlegar di sekitar harga yang sama pada $1,792 per auns. sementara niaga hadapan emas pula sedikit meningkat pada $1,793 per auns.

Logam berharga itu telah merosot lebih 2.8% pada minggu ini, setelah data ekonomi AS dan jangkaan kenaikan kadar lebih cepat oleh Fed membawanya ke paras terendah tiga minggu pada hari Rabu.

Goldman Sachs kini menjangkakan Fed akan menggandakan kadar pengurangan pembelian bon bulannya pada bulan Januari sebanyak $30 bilion dan menamatkannya menjelang pertengahan bulan Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat