Selepas Khazanah, MARC Pula Tetapkan Rating AA-IS Buat Farm Fresh

1,155

‘Macam meyakinkan, anda fikir bagaimana?’

Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) mengesahkan penarafan AA-IS pada program nota jangka sederhana Islam (IMTN) Farm Fresh sebanyak RM1 bilion bawah prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istihmar dengan prospek stabil.

Menurut kenyataan daripada agensi tersebut, penarafan itu diberikan selepas melihat prospek operasi penternakan tenusu bersepadu Farm Fresh, rekod prestasi jualan yang meningkat dan kedudukan pasaran domestik yang kukuh dalam segmen tensusu serta aliran kewangan yang kukuh.

Sebagai makluman, Farm Fresh memiliki jumlah tertinggi lembu tenusu dan kapasiti pengeluaran terbesar susu segar dalam negara, selain turut mempunyai kilang di Kyabram Australia.

Buat masa ini, Farm Fresh mengendalikan 5 buah ladang di Malaysia, berkeluasan 2,829 ekar dengan 5,961 ekor lembu tenusu, setakat Januari 2022.

Ia turut mempunyai sebuah ladang di Greter Shepparton, Australia yang berkeluaran 5,416 ekar dengan 5,633 ekor lembu tenusu.

Semasa tempoh 6 bulan yang berakhir 30 September 2021 (1HFY22), Farm Fresh telah mengeluarkan 37.6 juta liter susu mentah yang mewakili 7% daripada pertumbuhan syarikat.

Selain daripada pengeluaran tersebut, Farm Fresh turut peroleh sejumlah besar susu mentah melalui pembelian daripada petani pihak ke-3 dari Australia.

Dalam pada itu, MARC turut menyatakan Farm Fresh kekal sebagai peneraju segmen minuman sejuk (RTD) domestik yang menguasai pasaran sebanyak 42% pada akhir September 2021, selain turut disenaraikan di antara 3 teratas dalam RTD dan segmen yogurt.

Agensi penarafan tersebut menambah bahawa Farm Fresh berada dalam kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pertumbuhan pengguna susu segar di Malaysia dengan kenaikan 4.8% tahun ke tahun pada 2021.

Semasa 1HFY22, Farm Fresh dilihat menjana hasil sebanyak RM257.2 juta dengan keuntungan operasi sebanyak RM40.5 juta dan walaupun kos pengeluaran meningkat, margin keuntungan operasi kekal stabil pada 15.7% menjelang akhir tempoh tersebut.

Umum mengetahui bahawa Farm Fresh akan disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang 22 Mac.

Selain itu, Farm Fresh turut menawarkan harga tawaran awam permulaan (IPO) yang agak tinggi pada RM1.35 bagi menjana modal sebanyak RM1 bilion, dan Khazanah dilihat menyokong IPO tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat