Selepas Lonjakan Terbaru, Pelabur Dahagakan Aksi TRON Yang Lebih Ghairah!

468

Sejak kebelakangan ini, TRON menampilkan prestasi cemerlang dengan pergerakan harga drastik telah menjadi perhatian para pelabur dalam pasaran kripto.

Sesi dagangan semalam, TRON telah menmpamerkan 26% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $0.1184.

Dalam masa yang sama, TRON juga sedang berusaha melancarkan beberapa projek untuk memajukan dan memperluaskan penggunaan coin TRX.

Sejak semalam, CEO TRON iaitu Justin Sun telah menggoda komuniti TRON di Twitter dengan mencoret satu ciapan bahawa akan ada berita besar yang berlaku pada minggu depan.

Selain itu, TRON dan BitTorrent juga akan bekerjasama untuk projek baru bernama BitTorrent Chain yang bertujuan untuk mengatasi semua kesulitan mengenai TRON DeFi, NFT, dan DApps.

Laporan mengatakan ia akan dilancarkan pada 30 Oktober 2021.

Sementara itu, jom lihat carta pergerakan harga TRX/USDT.

Sesi dagangan bulan September, dapat dilihat Tron telah menghasilkan 53% keuntungan secara positif.

Bagi sudut teknikal, pergerakan harga dilihat sedang menunjukkan pergerakan harga yang lemah dan sedang menuju ke zon RBS (resistance become support) $0.1040.

Sekiranya pergerakan harga TRX kekal dengan pergerakan harga yang lemah, zon RBS $0.1040 perlu diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Namun, jika TRX kembali menunjukkan pergerakan harga positif, zon resistance $0.1160 bakal menjadi sasaran untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Pada masa penulisan, TRX didagangkan sekitar paras $0.107 melonjak lebih 8% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto TRX/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat