Selepas Melonjak Hampir 100 Pips, USD/JPY Bergerak Perlahan Di Sesi Eropah

291

Setelah bergerak rancak di sesi Asia, pergerakan harga mula perlahan di sesi pasaran Eropah dengan tumpuan masih terarah pada perkembangan pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 2020.

Mata wang US dolar pamerkan pengukuhan di sesi Asia selepas bergerak lemah sejak sesi Eropah semalam sebelum undian pilihan raya bermula.

Reaksi pasaran terhadap keputusan semasa undian telah menyokong kenaikan nilai US dolar dalam pasaran yang berjaya melonjak mengatasi mata wang utama yang lain.

Pada carta pasangan mata wang USD/JPY, harga telah melonjak dari paras 104.400 melepasi paras 105.00 di zon SBR (support become resistance) sebelum ini mencapai paras ketinggian di sesi Asia sebentar tadi sekitar 105.300.

Namun harga telah kembali susut semula dari paras tersebut dan berlegar sekitar julat harga 105.000-104.800 yang mengubah fungsi zon kepada RBS (resistance become support).

Harga perlahan di awal sesi Eropah namun pergerakan drastik harga boleh berlaku sementara acara pilihan raya belum berakhir.

Kenaikan harga dijangka akan ke paras tumpuan sehingga ke resistance 105.800 jika US dolar kekal didagangkan kukuh.

Sebaliknya jika US dolar kembali melemah, harga boleh menjunam semula ke zon support di paras 104.400 dan 104.000.

Berjaga-jaga dengan pergerakan harga ke paras tersebut untuk membantu anda mengawal risiko dagangan sebaiknya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat