Selepas Menggelupur Di Awal Minggu, GBP/USD Mula ‘Berehat’

171

Selepas pergerakan drastik Pound pada pembukaan awal minggu Isnin lalu, pergerakan harga dilihat mula sedikit bertenang pada Selasa semalam sementara pasaran masih menghadam tindakan kerajaan UK yang dilihat bercanggah dengan pelaksanaan dasar bank pusat.

Setelah Bank of England (BOE) meningkatkan kadar faedah dengan tujuan untuk menurunkan kadar inflasi, kerajaan UK pula bertindak mengumumkan pelan pemotongan cukai mega untuk mengimbangi risiko kemelesetan ekonomi.

Seperti Pound, mata wang US dolar juga sedikit bertenang pada Selasa semalam dengan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan sedikit menyokong pergerakan US dolar yang lebih suram pada sesi-sesi sebelumnya.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam dengan julat pergerakan harga sekitar 170 pips sahaja berbanding 600 pips pada Isnin.

Harga masih dinilai bergerak dalam trend bearish yang terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut.

Kenaikan harga berlegar sekitar 1.08300 dan turun ke sekitar 1.06700 sebelum dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini (Rabu) masih perlahan dan menunjukkan sedikit penurunan lebih rendah.

Penurunan lanjut harga dijangka bakal diteruskan untuk harga berkemungkinan akan menguji sekali lagi zon terendah sepanjang masa pada 1.04000.

Dan tidak mustahil untuk rekod terendah terbaru bakal tercipta lagi sekiranya Pound terus bergerak suram membenarkan dominasi oleh US dolar.

Namun jika kenaikan harga mula melepasi halang MA50 dan meningkat melepasi ketinggian awal minggu ini, sasaran untuk lonjakan harga adalah menuju sekitar 1.11000.

Meneruskan pergerakan bullish tersebut seterusnya akan mendorong harga kembali semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.12000 dan 1.13000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat