Selepas Meninggalkan MAS, Mueller Bakal Terbang Bersama Emirates

62

Christoph Mueller yang sebelum ini memegang portfolio sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd bakal mengesahkan jawatan di syarikat penerbangan terbesar antarabangsa, Emirates.

Emirates berkembang menjadi syarikat penerbangan jarak jauh nombor satu di dunia setelah mengeksploitasi penerbangan Dubai serta persimpangan udara antara Eropah, Amerika dan Asia.

Dalam masa yang sama buat pertama kalinya dalam tempoh sedekad, jualan tahunan syarikat itu merosot berikutan penurunan harga minyak telah menekan permintaan domestik dan syarikat itu masih dalam usaha untuk mencari laluan benua yang baru.

Mueller yang berusia 55 tahun pada bulan Disember ini mula-mula menjawat jawatan di Malaysia Airlines sejak 2015. Kemudian, reputasinya sedikit tercalar selepas kehilangan 2 pesawat, sekali gus mencatat kerugian berganda buat Malaysia Airlines Bhd.

Dalam masa yang sama, hampir 6,000 pekerja MAS dibuang dan kapasiti syarikat dikecilkan hampir satu pertiga berikutan kerugian yang dialami syarikat penerbangan terbabit.

Bertitik tolak daripada peristiwa bersejarah terbabit, Mueller mengumumkan pada April untuk meninggalkan MAS atas sebab-sebab peribadi. Kemudian, syarikat penerbangan itu mengumumkan pengganti beliau iaitu Peter Bellew. Bellew mengambil alih jawatan tersebut sehingga Mueller mengakhiri notis 6 bulan perkhidmatannya yang berakhir Jun lepas.

Anda sudah baca artikel yang berkaitan dengan penurunan ringgit ini? Jika belum, klik disini! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat