Selepas Mesyuarat ECB, EUR/USD Telah Menjunam 160 Pips!

240

Tumpuan pada dagangan Khamis semalam terarah kepada keputusan mesyuarat bank pusat Eropah menyaksikan kejutan pada pergerakan bagi mata wang Euro.

European Central Bank (ECB) mengekalkan kadar faedah untuk mesyuarat kali ini, namun memberi isyarat untuk kenaikan 25 mata asas pada Julai, dan 50 mata asas pada mesyuarat September bakal berlaku.

Namun, selepas keputusan mesyuarat tersebut, pelabur telah menyaksikan penyusutan ketara berlaku terhadap dagangan Euro sehingga ke penghujung sesi New York.

Penganalisis berpandangan jangkaan 25 mata asas untuk kenaikan pada mesyuarat Julai adalah lebih rendah berbanding jangkaan untuk 50 mata asas dan mengundang reaksi awal untuk pelabur melepaskan dahulu pegangan Euro.

Namun, untuk tempoh masa lebih panjang, Euro berkemungkinan akan kembali mengukuh semula setelah nada hawkish yang disampaikan oleh ECB.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam, kenaikan awal harga berlaku dari paras 1.07000 mencapai ketinggian sekitar 1.07700 sebelum penurunan berlaku.

Harga kemudiannya menjunam sehingga penghujung sesi New York selepas reaksi terhadap keputusan mesyuarat ECB tersebut dengan penurunan harian sekitar 160 pips dicatatkan.

Harga susut hampir menyentuh paras 1.06000 di mana telah dijangkakan penurunan harga yang bakal berlaku akan menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Sekiranya zon RBS 1.06000 berjaya ditembusi untuk harga mengekalkan corak penurunan semalam, harga dilihat akan menuju ke paras 1.05000 untuk menutup dagangan penghujung minggu lebih rendah sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Sebaliknya jika zon RBS 1.06000 berjaya menyokong harga untuk melonjak semula, kenaikan awal akan menguji kembali rintangan pada 1.07000.

Isyarat untuk meneruskan kembali kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan semula pada zon rintangan 1.08000 selepas beberapa minggu harga masih belum berjaya tembusi zon tersebut.

Tumpuan akan terarah kepada terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pula di sesi New York sebentar lagi yang bakal mempengaruhi pergerakan harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat