Selepas Mesyuarat RBA & FOMC, Tumpuan Terarah Pula Kepada Mesyuarat BOE & Laporan NFP AS

566

Awal minggu pelabur memberi perhatian terhadap keputusan mesyuarat polisi bank pusat Australia (RBA) yang menyaksikan kadar faedah meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan pasaran.

Seterusnya menjadi tumpuan lebih utama pada minggu ini yang dinanti-nantikan para pelabur sejak minggu lalu lagi adalah mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi.

Keputusan mesyuarat menepati ramalan dengan kenaikan kadar faedah agresif 50 mata asas oleh Federal Reserve (Fed), kenaikan terbesar dalam tempoh 22 tahun.

Namun reaksi terhadap mata wang US dolar mengecewakan apabila mempamerkan penyusutan ekoran kenyataan susulan oleh Pengerusi Jerome Powell yang menyatakan bank pusat tidak akan mempertimbangkan kenaikan kadar 75 mata asas.

Walaupun US dolar melemah, namun penganalisis pasaran kekal menjangkakan raja mata wang tersebut akan kembali mengukuh semula untuk prestasi cemerlang dalam tempoh masa lebih panjang.

Kini tumpuan akan terarah kepada keputusan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pula hari ini pada jam 7 petang waktu tempatan.

BOE juga dijangkakan untuk meneruskan langkah kenaikan kadar faedah yang telah dilakukan untuk beberapa mesyuarat sebelum ini. Mata wang Pound bakal memberi reaksi susulan keputusan mesyuarat diumumkan.

Sementara di penghujung minggu, pelabur akan berwaspada untuk pergerakan US dolar dan dolar Kanada untuk terbitan laporan pekerjaan Kanada dan lebih menjadi perhatian, laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan April.

US dolar akan berdepan rintangan lebih besar dengan jangkaan angka yang lemah bagi laporan pekerjaan NFP yang terbaru susulan laporan pekerjaan ADP untuk sektor swasta yang diterbitkan pada Rabu turut memaparkan bacaan mengecewakan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat