Selepas Pengumuman PM Johnson, Bajet Belanjawan UK Jadi Tumpuan

269

Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak akan melancarkan lebih banyak perbelanjaan untuk menyokong ekonomi pada minggu hadapan, di mana beliau juga mungkin memberi isyarat kenaikan cukai untuk membantu menampung perbelanjaan kerajaan.

Sunak, yang akan mengumumkan pakej belanjawan baru pada 3 Mac, telah melancarkan perbelanjaan lebih £ 280 bilion dalam rangsangan coronavirus dan potongan cukai, sehingga mendorong jumlah pinjaman negara ke paras tertinggi.

Perdana Menteri Boris Johnson dijangka akan mengangkat semua sekatan sepenuhnya pada lewat Jun selepas beliau mengumumkan pelonggaran langkah penutupan secara berperingkat pada Isnin.

Susulan itu, Sunak diharapkan akan menyokong ekonomi negara dengan melancarkan perbelanjaan lebih besar.

Skim sokongan pekerjaan kerajaan yang membayar 80% daripada gaji pekerja dan akan berakhir pada 30 April, mungkin akan dilanjutkan untuk memberi sokongan kepada sektor pekerjaan di UK.

Terdahulu, banyak perniagaan telah menuntut Sunak supaya mengecualikan firma yang paling banyak terkesan dari cukai harta tanah dan memberi mereka pengurangan cukai nilai tambah.

Rentetan daripada itu, akhbar The Times mengatakan bahawa Sunak mungkin akan melanjutkan potongan cukai harta tanah duti setemnya selama tiga bulan hingga akhir bulan Jun.

Walaupun begitu, UK mungkin akan terus tenggelam dalam hutang dan untuk keluar daripadanya, Sunak diangka akan mula menaikkan kadar cukai korporat Britain dan menamatkan pembekuan kenaikan duti bahan bakar yang telah berlaku sejak 2012.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat