Selepas Rampas Kuasa, Taliban Wartakan Kripto Di Afghanistan ‘Haram’!

215

‘Patutlah pasaran kripto runtuh sejak akhir-akhir ni, banyak isu rupanya.’

Pelabur kripto Afghanistan tersepit diantara sama ada mematuhi perundangan Islam atau berlari ke luar negara.

Difahamkan Kementerian Penyebaran Kebajikan dan Pencegahan Maksiat di bawah pimpinan Taliban yang mengambil tampuk pemerintahan setahun lalu telah mewartakan mata wang kripto sebagai perjudian.

Perkara tersebut telah dilaporkan oleh Chainalysis dengan menerangkan bahawa perjudian adalah dilarang dalam Islam maka mata wang kripto diklasifikasikan sebagai haram.

Rentetan itu, Chainalysis turut melaporkan bahawa terdapat penurunan dalam jumlah kripto yang diterima warga Afghanistan selepas menikmati tempoh terbaiknya sebanyak $150 juta pada Ogos dan September tahun lepas.

Sebagai rekod, pengambil-alihan Taliban pada Ogos 2021 menyaksikan penggunaan kripto di negara itu melonjak dan Afghanistan tersenarai dalam kalangan 20 negara teratas yang mengamalkan sistem mata wang digital tersebut.

Namun, ia perlahan-lahan merosot pada bulan-bulan berikutnya dengan sebilangan besar aktiviti kewangan di negara tersebut melibatkan pengubahan wang haram daripada sumber terlarang termasuk rasuah atau dadah.

Berbalik kepada berita asal, Chainalysis menyifatkan penglibatan Taliban ke atas Afghanistan telah menyumbang kepada crypto winter dalam pasaran mata wang digital dengan pelabur kripto hanya terdapat 3 pilihan; ‘lari ke luar, henti operasi atau ditangkap’.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat