Selepas Reaksi Data CPI AS, GBP/USD Berpotensi Catat Ketinggian Baru Lepasi $1.2200

182

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD memaparkan pergerakan yang mendatar pada Selasa semalam ketika pasaran memberi tumpuan pada terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Februari.

Kadar inflasi tahunan AS tepati ramalan menurun ke angka jangkaan, menguatkan lagi jangkaan bahawa kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas sukar untuk dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat Mac ini.

Walaupun momentum mula pudar, namun US dolar masih dilihat didagangkan lemah, memberi ruang untuk Pound meneruskan pengukuhan dalam suasana pasaran yang masih bergelora ini.

Tumpuan beralih pada terbitan data indeks harga pengeluar (PPI) AS malam ini yang dilihat akan terus memacu pergerakan US dolar.

Pada carta GBP/USD, harga mendatar di bawah paras rintangan 1.22000 sepanjang hari semalam selepas lonjakan 150 pips di awal minggu mencapai paras tersebut.

Namun, harga yang masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut masih memberi isyarat bagi pergerakan trend bullish untuk diteruskan.

Kenaikan harga perlu melepasi rintangan 1.22000 untuk meneruskan pendakian lebih tinggi dan catatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu.

Sasaran bagi kenaikan yang diteruskan adalah menuju ketinggian sekitar 1.23000 yang sebelum ini menjadi paras tumpuan harga pada dagangan Januari lalu.

Sementara, jika rintangan 1.22000 gagal ditembusi dan harga mula bergerak turun di bawah paras sokongan MA50, pelabur akan berwaspada untuk perubahan arah trend.

Paras 1.21000 bakal kembali diuji sebelum harga yang melanjutkan penurunan lebih rendah dilihat akan kembali ke zon 1.20000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat